Pengangkutan

Disediakan oleh         :    Balqis binti Mohd Zaini

PPISMP PAKK JUN 2017

Pensyarah GKB1053  :    Dr. Azizah binti ABD Samad

Tuan Haji Ismail bin Hisham

Pengangkutan ialah kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Terdapat beberapa jenis pengangkutan :

  • pengangkutan darat
  • pengangkutan air
  • pengangkutan udara

Pengangkutan  telah dicipta bagi memudahkan pergerakkan.  Terdapat pelbagai kebaikan yang kita dapat berdasarkan penciptaan kenderaan , antaranya ialah:

  • menjimatkan masa pengguna
  • mengurangkan penggunaan tenaga
  • melindungi daripada hujan dan panas cahaya matahari
  • menjamin keselamatan – dari segi kesihatan contohnya deman kerana terdedah dengan hujan.

Pengangkutan awam juga telah dicipta untuk digunakan oleh orang awam.

 

Kereta merupakan kenderaan dan mempunyai pelbagai jenis.

Antaranya ialah kereta yang menggunakan kuasa elektrik.images Kereta  hibrid

Kereta hibrid merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petro semata-mata tetapi juga enjinpembakaran dalaman yang memacu generator untuk membekalkan elektrik  dan juga untuk pemanduan secara langsung.  Secara am, kereta hibrid menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk mengerrakkan kenderaan.

Kereta kacukan mempunyai lebih dari satu sumber kuasa, hampir selalunya enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik.  Dalam reka bentuk kacukan enjin merupakan sumber terakhir untuk pemancuan.  Kereta elektrik sepenuhnya menggunakan bateri yang dicaj oleh sumber semula jadi, iaitu tenaga suria.

 Kelebihan Kereta Hibrid

  • menjimatkan bahan api
  • menghasilkan asap toksik tahap rendah
  • sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang

Kelemahan

  • harga runcitnya agak mahal berbanding kereta biasa
  • agak berat kerana bateri berat yang dipasang di dalam kereta
  • sangat berisiko dalam kemalangan kerana menyimpan jumlah voltan yang tinggi dalam bateri